Monday, 16 May 2011

SAHABAT VS KEKASIH



SAHABAT

seseorang yang rapat dengan kita selain dari ibu bapa...
seseorang yang boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia kita...
seseorang yang boleh mengembirakan kita semasa kita sedih...
seseorang yang menegur kita jika kita melakukan kesilapan...

KEKASIH
seseorang yang menjadi pasangan kita...
seseorang yang kita cintai atau sayangi...

TETAPI kekasih tidah sama seperti SAHABAT
mereka kadang kala melukakan hati kita...
mereka kadang kala tidak boleh dipercayai...
mereka juga tidak semestinya kekal kepada kita...


SAHABAT lebih PENTING dari KEKASIH
HARGAILAH sahabat anda kerana kekasih senang dicari TETAPI sahabat sukar ditemui.....
this is for ALL my friend in (SMKSERI ISKANDAR) , u all the best friend that i ever had .

Monday, 9 May 2011

Orang Kafir Sembang Dengan Orang Islam


 

 
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

Followers